Thursday, April 25, 2013

JANGAN TAKSUB DENGAN KECANTIKAN

 
ASSALAMUALAIKUM WBT....


Mungkin entry ini buat sesetengah pihak tidak suka membaca atau mendengar.... kita sedia maklum semua orang ingin kelihatan cantik.... tetapi kenapa kita terlalu taksub dengan kecantikan?? Betul semua orang mahu kelihatan cantik tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak atau orang tua.. Di mana-mana sahaja kita boleh melihat semua orang berlumba-lumba untuk kelihatan cantik... Dengan fesyen pelbagai digayakan.... samaada baju, seluar, kasut, beg, tudung, aksesori dan sebagainya... Kalau kita dilahirkan cantik sejak azali kita memang bertuah kerana memiliki kecantikan tersendiri... Dan bagi mereka yang merasa 'kurang cantik' akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kelihatan cantik... Di mata kita adakah kecantikan yang kita utamakan?? Selalu orang bercakap tentang 'Inner Beauty' tetapi masih ramai juga mahu kelihatan cantik luaran...Masih ramai juga orang memilih pasangan yang cantik diluar .... itu lumrah alam.... lumrah manusia yang mahu kecantikan diutamakan... Jadi bersyukurlah dengan keadaan kita yang cukup sempurna dan begitu cantik.... Oleh itu jangan kita terlalu taksub untuk kelihatan cantik sehingga kadang-kadang kita mengabai sesuatu perkara yang ditentukan oleh ilahi....